Awas! Kim Jong Un Sedia Guna Senjata Nuklear Terhadap Amerika & Korea Selatan

662

Korea Utara bersedia untuk menggunakan senjata nuklear dalam konflik terbaharunya dengan Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Berucap kepada veteran perang pada ulang tahun ke-69 Perang Korea, pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un memberi amaran bahawa negara itu bersedia sepenuhnya untuk sebarang konfrontasi tentera dengan AS.

Lapor agensi berita tempatan KCNA, Kim Jong Un mendakwa ancaman yang ditimbulkan oleh AS mendorong Pyongyang untuk membina pertahananya.

Tambah beliau lagi, Washington meneruskan tindakan permusuhan yang berbahaya dan menyalahi undang-undang dengan Korea Selatan terhadap negaranya serta berusaha untuk mewajarkan kelakuannya dengan menghancurkan Korea Utara.

Korea Utara telah lama menuduh Washington bersikap ‘pilih kasih’ terhadap aktiviti ketenteraan dan meneruskan dasar bermusuhan ke atas Pyongyang.

Selain itu, Kim Jong Un turut mengkritik pentadbiran baharu Korea Selatan di bawah Presiden Yoon Suk-yeol dengan bekata sebarang percubaan untuk melumpuhkan negaranya akan menerima tindak balas yang tegas dan pemusnahan.

Kenyataan itu datang di tengah-tengah kebimbangan bahawa Korea Utara mungkin menyediakan ujian nuklear ketujuh.

Pada Januari, ia telah menguji peluru berpandu hipersonik dan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) terlarang serta peluru berpandu yang dikatakan boleh membawa senjata nuklear taktikal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat