Bacaan Data Ekonomi UK Meleset, Ini Kesannya Pada Pound

459

Pertumbuhan ekonomi UK kembali perlahan pada bulan Mei, walaupun lebih banyak aktiviti ekonomi dibuka semula susulan pelonggaran langkah sekatan di negara itu.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Pejabat Statistik Negara (ONS), ekonomi UK dilaporkan berkembang 0.8% pada bulan Mei berbanding 2.0% yang disemak semula pada bulan sebelumnya.

Bacaan ini ternyata menyebabkan kekecewaan pasraan yang menjangkakan pertumbuhan sebanyak 1.5% akan dicatatkan pada bulan Mei.

Ini menjadikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK kekal 3.1% di bawah tahap pra-pandemik yang dilihat pada Februari tahun lalu.

Bacaan mengecewakan ini dilihat kurang memberi kesan kepada matawang pound, menyaksikan matawang itu didagangkan di sekitar harga $1.3785 berbanding US dolar, setelah terkesan dengan sentimen berisiko dan peningkatan matawang safe-haven.

Berbanding euro, pound merosot pada 85.94 pence, setelah mengalami hari terburuk dalam tempoh dua bulan pada hari Khamis ketika Bank Pusat Eropah (ECB) menetapkan sasaran inflasi baru.

Penularan varian coronavirus Delta yang semakin cepat merebak dilihat akan mengancam rancangan UK untuk keluar daripada langkah sekatan pada 19 Julai dan meningkatkan risiko terhadap pemulihan ekonomi negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat