Bakal Perdana Menteri wanita kedua UK

85

David Cameron, Perdana Menteri United Kingdom akan meletakkan jawatan pada rabu ini dan bakal digantikan dengan Theresa May.

Theresa May dilantik menjadi pemimpin Parti Konservatif, menggantikan David Cameron secara rasmi berkuatkuasa pada Isnin.

Sebelum ini Andrea Leadsom yang juga calon menggantikan David Cameron telah menarik diri dan sekaligus menjadikan Theresa May sebagai calon tunggal yang layak menggantikan David Cameron.

Dengan perlantikan sebagai Perdana Menteri UK, Theresa May merupakan perdana menteri wanita kedua selepas Margaret Thatcher yang merupakan perdana menteri pada 1979-1990.

Margaret Thatcher

Theresa May dalam ucapannya menegaskan prioriti utama adalah menguruskan proses UK keluar daripada EU dan menyatupadukan rakyat UK dan menjadikan UK baru lebih kuat, bersatu dan mempunyai visi yang positif untuk masa depan, dan keistimewaan bukan untuk sesetengah pihak tapi semua orang.

David Cameron akan menyerahkan surat perletakan jawatannya pada pagi rabu dan petangnya, UK akan mempunyai Perdana Mentari baru.

Ketidakpastian dalam politik dalaman UK berakhir dan ini sedikit sebanyak membantu pasaran kewangan, melihatkan Pound menguat dan ini akan mengembalikan keyakinan pelabur-pelabur terhadap ekonomi UK.

Namun, apa yang bakal berlaku, perjanjian apa yang bakal ditandatangai oleh UK-EU masih lagi dinantikan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat