Bank Digital Brazil Terima Dana $500 Juta Dari Berkshire Hathaway!

1,704

Berkshire Hathaway dilaporkan telah membuat pelaburan bernilai $500 juta ke atas bank digital Brazil, Nubank.

Firma itu dimiliki oleh Warren Buffett, jutawan dunia yang pernah mengkritik Bitcoin (BTC) dan matawang kripto yang lain suatu ketika dahulu.

Nubank memberitahu pelaburan itu akan digunakan terhadap pengembangan syarikat yang baru dilancarkan di Columbia, termasuk menarik lebih ramai eksekutif baru dari beberapa syarikat teknologi besar.

Jelas ketua pegawai eksekutif Nubank, David Velez, dana itu secara tidak langsung dapat membantu mendemokrasikan akses bagi perkhidmatan kewangan di seluruh Amerika Latin.

Perkara ini menjadi fokus susulan daripada rekod hanya separuh penduduknya memiliki akaun bank dan sekitar 21% pula menggunakan kad kredit.

Buffett terkenal dengan kritikannya terhadap Bitcoin (BTC) sebagai aset yang ‘tiada nilai‘. Bersama rakan kongsinya, Charlie Munger, mereka pernah menggelar BTC sebagai ‘racun tikus’.

Adakah Buffett sedang membuat u-turn?

Sebagai rekod, pada tahun lepas Berkshire Hathaway turut membuat pelaburan terhadap beberapa firma berkaitan teknologi termasuk firma teknologi pengkomputeran awan, Snowflake.

Firma tersebut juga ada memiliki berbilion dolar saham Apple dan Amazon.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat