Bank Ini Menggunakan Blockchain Bagi Atasi Masalah Cek Palsu

456

National Bank of Dubai (NBD) merupakan salah satu bank terbesar di Timur Tengah telah melaporkan bahawa mereka menjadi bank pertama di daerah sana berjaya mengimplimentasikan teknologi blockchain dalam sistem semakan bagi mengatasi masalah pemalsuan.

Tambahan pula, sistem tersebut beroperasi dengan mengeluarkan kod QR yang unik atas setiap cek dan direkodkan di dalam blockchain. Sistem ini lebih dikenali sebagai “Cheque Chain” dan dipercayai memiliki teknologi yang mamput menawarkan ketulenan yang tinggi atas cek yang diisukan termasuk standard sekuriti bagi sektor perbankan di UAE.

Abdulla Qassem, yang merupakan ketua operasi menegaskan kepentingan teknologi inovatif dan menekankan bahawa bank NBD merupakan bank pertama yang menawarkan perkhidmatan seperti itu di Tanah Arab.

”Emirates NBD juga sedang meneroka untuk mengunakan teknologi inovatif ini untuk tujuan komersial. Kami sangat positif dan ini menawarkan Cheque Chain ke seluruh pelanggan kami di seluruh dunia.”

UAE dan bandar Dubai mempunyai misi untuk menjadi pemimpin dunia dalam penggunaan dan implimentasi teknologi blockchain.

Harga bitcoin kini telah melepasi harga $9000 iaitu berada paras harga $9,490.30 seunit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat