Bank Negara, PNB, Kementerian Kewangan, Berminat Ambilalih Bank Rakyat

211

Bank Rakyat Malaysia menjadi sasaran pengambilalihan sebagai salah satu dari perancangan besar Bank Negara untuk memantapkan lagi sektor kewangan negara.

Menurut sumber terdekat mengenai perkara ini, selain dari Bank Negara Malaysia, satu lagi institusi yang berminat bagi pengambialihan ini adalah Permodalan Nasional Berhad (PNB). Bank konvensional tempatan juga dikatakan sedang memerhatikan Bank Rakyat.

PNB yang juga syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia, mempunyai tiga institusi kewangan dalam pegangannya dan dipercayai terbuka kepada idea pengambilalihan Bank Rakyat.

Selain Kumpulan MIDF yang juga bank pelaburan dan pengurusan aset di bawah PNB, dana ini juga mempunyai pegangan dalam Malayan Banking Berhad (Maybank) yang juga bank terbesar di negara ini.

Bank Rakyat kini adalah sebuah bank korporat islamik terbesar di Malaysia dengan 147 cawangan di seluruh negara. Ia mempunyai RM99.3 billion aset sehingga September tahun lepas dan merupakan institusi kewangan islam kedua terbesar selepas Maybank Islamic Bhd.

Dua lagi institusi yang berminat kepada pengambilalihan Bank Rakyat ialah Bank Negara dan Kementerian Kewangan.

Jika dilihat semula kepada sejarah sistem kewangan negara, sektor perbankan negara ini telah melalui penggabungan besar dan penting di mana 55 institusi perbankan telah dikurangkan kepada lapan sejak dahulu. Lebih banyak penggabungan dijangka akan berlaku berikutan persaingan dalam industri ini yang semakin sengit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat