Bank of England Selar Pelabur Runcit – “Mereka Tak Faham Mata Wang Kripto!”

921

Timbalan gabenor Bank of England (BOE), Jon Cunliffe mendakwa pelabur kripto sebenarnya tidak faham keseluruhan konsep mata wang kripto.

Secara khususnya, dakwaan tersebut dituju kepada pelabur runcit.

Jelasnya dalam sebuah program The Wall Street Journal baru-baru ini, pelabur runcit berisiko untuk menanggung kerugian teruk memandangkan aset digital sangat spekulatif tinggi.

Contoh terdekat yang boleh dijadikan pengajaran, keruntuhan ekosistem Terra pada minggu lalu.

Hanya dalam beberapa hari, LUNA yang pernah mencatatkan nilai tiga digit susut berada di paras mikrosen sehingga menarik perhatian Perbendaharaan AS.

Cunliffe juga menekankan mata wang kripto tidak memiliki nilai tetap, berubah-ubah setiap masa mengikut sentimen pasaran dan wajar dikategorikan sebagai sekuriti berisiko.

Maka tidak hairanlah mengapa pelaburan kripto dalam kalangan pelabur runcit tidak dianggap sebagai satu pelaburan kewangan sebenar.

Ketika penulisan, Bitcoin (BTC) mencatatkan lonjakan lebih 1%, didagangkan pada $30,409/78 tetapi masih susut hampir 2% sejak minggu lalu.

Prestasi raja kripto turut mendorong pergerakan positif beberapa mata wang kripto yang lain seperti Ethereum, ETH ($2,083.86, +2.23%), XRP ($0.44, +2.11%), dan Cardano, ADA ($0.6, +2%).

Nilai pasaran kripto juga telah mencatatkan peningkatan sebanyak 1.02% berada di paras $1.3 trilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat