Belanjawan 2024: PM Anwar Fokus Golongan Berpendapatan Rendah & Sederhana

349

Belanjawan 2024 Malaysia Madani yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu telah mengundang pelbagai reaksi dalam masyarakat.

Bajet 2024 memberi fokus kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana menerusi pengawalan kos sara hidup dan peningkatan pendapatan.

PM Anwar membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat dengan tema “Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat”.

Intipati pembentangan bajet itu diperhatikan para penganalisis ekonomi yang meliputi pelbagai aspek termasuk pertumbuhan ekonomi, penguatkuasaan cukai, pelan penstrukturan ekonomi baharu, bantuan rakyat, yuran pengajian tinggi dan lain-lain.

Berikut merupakan sebahagian daripada intipati belanjawan 2024 yang digariskan.

Kerajaan Perpaduan memperuntukkan sejumlah RM393.8 bilion bagi belanjawan kali ini yang datang dari cukai pendapatan, pinjaman dan penggunaan aset kerajaan, hasil bukan cukai, cukai langsung dan tak langsung.

Kerajaan menjangka pertumbuhan KDNK akan meningkat capai 5% dan defisit fiskal 2024 diunjur berkurang pada 2023 dan 2022.

Untuk cukai, kerajaan akan menguatkuasakan pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10% mulai 1 Mac 2024.

Cukai SST dicadangkan untuk dinaikkan kepada 8% daripada 6% sebelum ini, sementara Cukai Barang Tinggi akan diperkenalkan pada kadar 5-10%.

Sektor perniagaan, RM900 juta dana pinjaman di peruntukkan untuk menggalakkan perniagaan kecil dan sederhana (PKS) meningkatkan produktiviti menerusi automasi dan pendigitalan.

Penjawat awam gred 56 ke bawah akan menerima Bayaran Insentif Awal berjumlah RM2,000 dan dibayar pada akhir Februari 2024.

Bagi pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen layak menerima Bayaran Insentif Awal berjumlah RM1,000 dan juga akan dibayar pada akhir Februari 2024.

Untuk bantuan rakyat, sumbangan tunai rahmah 2024 (STR) diperuntukkan kepada RM10 bilion, yang dinaikkan daripada RM8 bilion yang akan memanfaatkan kira-kira 9 juta penerima.

Bayaran pertama dinaikkan kepada Rm500 dan akan disalurkan sebelum Ramadan.

Diperuntukkan sebanyak RM55 juta subsidi elektrik untuk golongan miskin tegar sebanyak RM40 sebulan.

Yuran pengajian tinggi pelajar dihadkan tidak melebihi Rm1,500 dan tiada sekatan pendaftaran subjek jika pelajar tidak mampu membayar yuran.

PTPTN juga diberikan diskaun bayaran balik untuk mereka yang berhutang menyelesaikan baki pinjaman.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat