Belum Apa-apa Lagi USD Dah Mengukuh, Apa Akan Jadi Lepas Minit FOMC?

418

Dolar greenback sedikit mengukuh untuk memulakan dagangan sesi Eropah dengan hasil bon AS 10 tahun juga bergerak lebih tinggi ketika pelabur menantikan terbitan minit mesyuarat FOMC.

Walaupun begitu, pelabur kekal berhati-hati dengan menghadkan dagangan mata wang menjelang dua laporan berimpak tinggi dari Amerika Syarikat yang akan diterbitkan pada sesi Eropah.

Selain minit FOMC, pelabur juga menumpukan perhatian kepada keluaran data jualan runcit AS yang diramalkan sedikit meningkat pada bulan Julai.

Meneliti pergerakan mata wang utama, dolar Aussie dan kiwi susut lebih parah pada sesi Eropah walaupun keputusan mesyuarat polisi Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) telah menyaksikan kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas.

RBNZ juga menawarkan isyarat hawkish untuk kekal dengan pendirian dalam mengetatkan dasar monetari pada bulan-bulan yang akan datang.

Sementara itu, data inflasi UK mengejutkan pelabur apabila bacaan yang dicatatkan menunjukkan angka yang lebih tinggi daripada jangkaan dengan mencecah 10.1% pada bulan Julai.

Meskipun begitu, mata wang pound gagal memberi reaksi ketara kerana dibantutkan oleh dagangan US dolar yang lebih kuat di samping pelabur turut berwaspada untuk mengambil langkah besar menjelang terbitan minit FOMC.

Dalam pada itu, mata wang yen diniagakan susut berbanding US dolar di tengah-tengah jangkaan bahawa Federal Reserve akan meneruskan pengetatan sekali gus meluaskan lagi jurang perbezaan monetarinya dengan Bank of Japan yang sangat longgar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat