Bergelut Untuk Lepasi Rintangan $1.3200, GBP/USD Susut Di Awal Minggu

238

Pelabur Pound bakal memberi tumpuan terhadap ucapan oleh Gabenor bank pusat England, Andrew Bailey berkenaan kestabilan kewangan dan makroekonomi dalam satu acara atas talian pada hari ini.

Pelabur menantikan petunjuk oleh Bailey untuk dasar monetari selepas bacaan kadar inflasi UK yang meningkat diterbitkan minggu lalu gagal memacu peningkatkan Pound dalam pasaran.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga telah memaparkan lonjakan minggu lalu ke paras rintangan 1.33000, namun susut semula dan berlegar di zon 1.32000 sehingga penghujung minggu.

Gagal untuk mengekalkan pergerakan di atas paras 1.32000, isyarat bearish dinilai pelabur apabila harga susut lebih rendah di bawah zon 1.3200-1.31700 dan paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, di awal pembukaan awal minggu ini.

Penurunan harga di awal minggu dicetuskan oleh kebimbangan terhadap laporan pelaksanaan langkah sekatan pergerakan di Shanghai ekoran penularan coronavirus yang kembali melanda, mengukuhkan mata wang safe-haven US dolar.

Harga dijangka untuk susut menuju ke paras sokongan awal pada 1.31000 untuk memaparkan pergerakan pada trend bearish yang lebih jelas.

Seterusnya harga yang meneruskan penurunan dilihat akan menuju ke zon support 1.3000 yang menjadi tumpuan pada dagangan beberapa minggu lalu.

Namun, tidak mustahil untuk pelabur jangkakan Pound untuk mengukuh ekoran kenaikan kadar faedah oleh Bank of England (BOE) sebelum ini.

Untuk jangkaan kenaikan harga, melepasi semula zon 1.32000 akan mendorong harga untuk mencapai ketinggian 1.33000 yang diuji minggu lalu.

Kenaikan lebih tinggi melepasi rintangan tersebut disasarkan untuk menuju ke paras ketinggian terbaru sekitar 1.34000 untuk catatkan paras tertinggi 4 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat