Berita Baik Dari China, Ini Kesan Pada Harga Minyak!

196

Minyak mentah sedikit berubah pada Khamis di tengah-tengah prospek permintaan yang kukuh dan petanda berterusan dalam bekalan yang ketat.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat didagangkan berlegar sekitar harga $94 setong, manakala dagangan Brent pula sedikit susut pada $88 setong.

Berita baik buat pasaran minyak memandangkan bandar besar Chengdu dijangka menamatkan penutupan penuh Covid-19 di semua daerah pada hari ini, meningkatkan prospek permintaan dalam pengimport minyak mentah utama dunia.

Turut menyokong dagangan minyak, adalah apabila OPEC mengekalkan ramalannya untuk pertumbuhan permintaan minyak global pada 2022 dan 2023, mengatakan ekonomi maju akan kekal berdaya tahap walaupun berdepan masalah seperti inflasi yang meningkat.

Sementara dari segi penawaran pula, TotalEnergies turut mengurangkan pengeluaran di kilang penapisan Port Athur, Texas berikutan rancangan penutupan dua unit pemulihan sulfur.

Dalam pada itu, Agensi Tenaga Antarabangsa melaporkan pada hari Rabu bahawa ia menjangkakan pertukaran gas-ke-minyak berskala besar, menganggarkan purata 700,000 tong sehari dari Oktober 2022 hingga Mac 2023, dua kali ganda berbanding setahun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat