Berita Ini Bakal Buatkan Pelabur Kripto Berhati-Hati

450

Bitcoin (BTC) terus menyaksikan lonjakan menembusi $11,000. Penganalisis mengandaikan lima insiden yang akan berlaku pada minggu ini akan mengubah pasaran, termasuk pengaruh pilihan raya Amerika Syarikat (AS) ke atas matawang dolar, krisis di Eropah melibatkan isu Brexit dan COVID-19, serta kadar hash Bitcoin yang tinggi.

Pertumbuhan sektor kripto yang semakin meluas sejak akhir-akhir ini dipandang sebagai satu fenomena positif dengan tanggapan bank kripto akan mengatasi bank fiat untuk tempoh tiga tahun lagi.

Bermula dengan pelaburan yang dilakukan oleh Stone Ridge Asset Management, melibatkan jumlah $115 juta dan 1% aset firma Square iaitu sekitar $50 juta dimasukkan ke Bitcoin.

Namun, berbeza pula situasi Bitcoin jika diberi perhatian terhadap keputusan G7 untuk menyekat rancangan Libra Facebook, tidak sehingga lebih banyak peraturan dikemukakan.

Pada waktu yang sama, Elon Musk telah menafikan bahawa firmanya, Tesla Gigafactory memiliki ATM Bitcoin selepas satu kicauan Twitter daripada pemilik akaun Will Reeves yang mendakwa ternampak mesin itu ketika melintasi LibertyX Bitcoin ATM.

DeFi juga dilaporkan tidak begitu kuat buat masa sekarang.

Dilaporkan Chainlink mungkin akan gagal mempertahankan kedudukannya di dalam ekosistem itu ekoran daripada pembangunan projek DeFi oleh Constellation Network ke atas protokol Hypergraph. Usaha itu telah menerima beberapa sokongan awal FBG Capotal dan Alphabit Fund.

Tidak dinafikan masih banyak faktor lain yang membawa kepada perubahan positif pasaran Bitcoin, namun pelabur diminta untuk berhati-hati kerana tidak mustahil jika pada waktu yang sama harga aset itu susut.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat