Berita Perniagaan Lokal Dan Global Pada Hari Rabu

156

 

 

Berita Niaga Global

Kereta elektrik mendorong peningkatan jualan di Eropah.

Sejak bulan lepas pasaran mula beralih kepada penggunaan kereta elektrik di sekitar zon eropah. Jualan kenderaan elektrik mencatat bacaan 5.5% iaitu sebanyak 66,000 daripada jumlah jualan kenderaan pada bulan Oktober.

Pada bulan Oktober, jumlah jualan kenderaan berdaftar merekod jualan 1,202,877 unit, 5.6% peningkatan pada bulan Oktober.

Jualan diesel jatuh sebanyak 9.9% setahun pada bulan Oktober, menakala di UK jualan diesel jatuh 12.2%.

.

Jeff Bezos yang merupakan pengasas dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Amazon, menjadi lelaki bernilai $100 bilion selepas laman runcit itu meraih keuntungan besar daripada jualan runtuh Black Friday hujung minggu lalu.

Senarai orang terkaya dunia dalam masa sebenar oleh majalah Forbes meletakkan Bezos di tangga teratas de­ngan nilai kekayaan peribadi $100.3 bilion. Jika dirinci gaji Bezos seminit ialah $36 ribu.

Semalam, saham Amazon meningkat hampir satu peratus kelmarin untuk berada pada harga $1,200 (RM4,924) sesaham selepas tamat dagangan.

Berita Niaga Lokal

Syarikat Spritzer Berhad mencatat pertumbuhan dalam suku tahun ketiga pada tahun 2017. Syarikat tersebut meningkat sebanyak 5.66% berikutan pengukuhan jualan domestik dan harga PET yang stabil.

Hasil jualan dan untung bersih masing-masing mencatat pertumbuhan 5.98% dan 5.66%. Peningkatan ini didorong permintaan yang banyak semasa sukan SEA dan ASEAN yang diadakan pada bulan Ogos dan September.

.
Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mencatatkan pendapatan berjumlah RM1.2 bilion bagi separuh pertama pada tahun kewangan 2017, peningkatan sebanyak 48 peratus berbanding RM811 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Keuntungan sebelum cukai (PBT) meningkat sebanyak 22 peratus kepada RM66.7 juta berbanding RM54.7 juta bagi tempoh yang sama pada tahun lalu.

Pos Malaysia dijangka akan mencatat keuntungan 3x lipat pada suku tahun keduan 2018, berdasarkan kajian Macquarie Equities Research.

Pos Malaysia dijangka akan mencatat keuntungan sebanyak melebihi 3x ganda kepada RM18.3 juta selepas cukai pada suku tahun kedua 2018.

.
Malaysian Resources Corp. Bhd. (MRCB) dan Gamuda Bhd. bekerjasama untuk membuat tawaran bagi peranan rakan kongsi projek (PDP) untuk projek pembinaan keretapi laju Kuala Lumpur-Singapura.

Kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian hari ini untuk menubuhkan sebuah konsortium yang tidak diperbadankan pada asas 50:50 untuk menyertai tender projek tersebut, kata MRCB dan Gamuda dalam satu kenyataan berasingan kepada Bursa Malaysia.

Projek HSR yang menghubungkan Malaysia-Singapura dijangka siap pada tahun 2026.
.

Kerajaan kini sedang mengembangkan industri e-Dagang melalui penubuhan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) dan hal ini akan menjadi pemangkin kepada ekosistem industri itu di Malaysia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat