Berjayakah EUR/USD Tembus Halangan $1.1900 Di Awal Minggu?

403

Memulakan dagangan pada awal minggu ini, pelabur berhati-hati terhadap US dolar selepas raja mata wang itu menunjukkan pergerakan melawan arah sebelum penutupan tirai dagangan minggu lalu.

Situasi pengukuhan US dolar pada penghujung minggu dilihat didorong oleh aktiviti pengambilan untung (profit taking) oleh para pelabur selepas prestasi merosot US dolar sepanjang minggu.

Selepas keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis, US dolar telah menunjukkan penyusutan nilai yang ketara berbanding kumpulan mata wang utama yang lain.

Minggu ini juga akan bergelora buat US dolar berdepan data-data berimpak tinggi seperti data tinjauan ISM sektor pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) serta laporan data pekerjaan NFP AS untuk bulan Julai sebagai acara tumpuan utama.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, dapat diperhatikan kenaikan harga berjaya dilakukan menuju ke zon 1.19000.

Namun, harga gagal untuk menembusi zon rintangan tersebut sebelum menutup dagangan penghujung minggu lalu lebih rendah sekitar 1.18700.

Pelabur mula berwaspada selepas penurunan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan di carta EUR/USD sebagai isyarat awal trend bearish.

Pelabur akan menilai reaksi harga pada zon 1.19000 di awal minggu untuk mendapatkan isyarat lebih jelas arah pergerakan harga yang selanjutnya.

Sekiranya harga berjaya melonjak di atas zon 1.19000, siri kenaikan harga pada minggu lalu bakal diteruskan dengan jangkaan paras sasaran terbaru pada rintangan 1.20000.

Sebaliknya jika penurunan harga mula berlaku semula, paras 1.18000 dilihat akan menjadi zon sokongan untuk menyokong semula kenaikan.

Jika harga terus menjunam lebih rendah, paras support beberapa minggu sebelum ini sekitar 1.17600 akan diuji sebelum penurunan yang diteruskan bakal mencecah semula ke paras support tumpuan 1.17000.

Lihat gambar carta harga pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat