Bersedia! CEO Binance Ramal BTC ‘To The Moon’ Pada 2025!

344

“Wow yakinnya kamu CZ, harapnya ramalan beliau tercapai la.”

Ramai pelabur menjangkakan harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) bakal menyaksikan pergerakan bullish selepas acara halving, tetapi persoalannya sekarang bilakah masa tepatnya untuk aset digital tersebut mula beraksi.

Semasa sesi “Ask me anything” di Twitter, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance Changpeng Zhao (CZ) berpandangan BTC akan melonjak drastik pada tahun 2025 tetapi perlu diingatkan acara halving akan berlangsung pada April 2024.

Sementara penganalisis kripto terkenal PlanB pula mendedahkan strategi optimumnya dengan mengatakan bahawa pelabur harus beli BTC enam bulan sebelum halving dan menjualnya 18 bulan kemudian.

Selain itu, penganalisis Gigi Sulivan dari CryptoQuant yang menggunakan modal stock-to-flow (S2F)* pada BTC berpandangan harga aset digital tersebut mampu mencapai $160,288 sehingga $206,824 semasa halving keempat.

*Metrik biasa dirujuk yang menunjukkan bekalan baharu aset sedang dibuat, berbanding dengan bekalan sedia ada

Ramalan S2F untuk dua peristiwa halving yang sebelumnya jauh lebih rendah daripada nilai puncak sebenar disaksikan dalam kitaran tersebut menunjukkan bahawa BTC mempunyai potensi untuk cecah $260,000.

Memang tidak dinafikan peningkatan pelabur runcit dan institusi dalam pasaran kripto adalah sangat jelas setelah kemasukan pemain utama seperti BlackRock serta Fidelity berjaya menambahkan lagi momentum bullish.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 1.29% pada paras $30,121 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $585 bilion seterusnya merekodkan penurunan 1.99% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat