Biar Betul? Pelabur XRP Saman Apple?

2,857

Apple disaman oleh pelabur Ripple (XRP) kerana dituduh memberi kebenaran kepada penggodam untuk menipu penggunanya yang juga pelabur aset digital.

Aplikasi tiruan, Toast Plus yang tersedia di App Store menyamar sebagai wallet matawang kripto – Toast Wallet didapati menggunakan teknik pancingan data untuk mencuri XRP dari wallet pengguna berdaftar.

Salah seorang mangsa, Hadona Diep tampil sebagai plaintif, mendakwa Apple sengaja membiarkan aplikasi tiruan di App Store ketika proses saringan dan gagal memaklumkan kepada penggunanya bahawa perincian kewangan mereka telah diceroboh.

Diep memuat turun aplikasi tersebut ke dalam peranti iPhone pada Mac 2020.

Secara undang-undang, Apple bertanggungjawab kerana didapati gagal menilai Toast Plus hingga menyebabkan kerugian penggunanya dan pelabur XRP.

Ini bermakna Apple dikehendaki untuk membayar ganti rugi lebih daripada $10,000 atau $100 sehari merangkumi kesalahan kelalaian, kerosakan yang bersifat sengaja, bayaran peguam bela, dan keuntungan defendan peroleh hasil kesalahan yang dinyatakan tadi.

Untuk pengetahuan, Toast Wallet merupakan aplikasi desentralisasi yang dibangunkan khas untuk pelabur XRP, dan ditawarkan secara percuma. Selain iOS, ia juga tersedia di Android, Windows, dan Mac.

Toast Wallet bagaimanapun telah mengundur diri dari App Store pada pertengahan Julai 2020 setelah diluluskan Apple pada 2017 atas alasan menerima tentangan daripada pembangun komuniti Ripple.

Aplikasi itu turut berani menawarkan penggunanya untuk beralih ke wallet yang disokong pelayar lain memandangkan mereka tidak disokong oleh pelayan berpusat (central server).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat