Biden Tarik Balik Sekatan Saluran Paip Rusia, Ada Agenda Tersembunyi?

352

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menarik balik sekatan terhadap syarikat yang membina saluran paip gas kontroversi antara Rusia dan Jerman iaitu Nord Stream 2.

AS turut menarik balik sekatan terhadap sekutu Presiden Rusia, Vladimir Putin yang mengetuai firma di sebalik projek berkenaan.

Menurut Jabatan Dalam Negara AS menerusi laporannya, memaklumkan bahawa ketua eksekutifnya, Matthias Warnig, terlibat dalam aktiviti yang dilarang.

Namun, jabatan tersebut menyimpulkan sekatan itu boleh ditarik balik atas dasar kepentingan nasional AS.

Selain itu, jabatan berkenaan juga mengenakan sekatan terhadap empat kapal Rusia yang terbabit dalam pembinaan Nord Stream 2 meskipun para pengkritik mengatakan langkah itu tidak memadai untuk menghentikan projek itu.

Sementara itu, tambah para pengkritik, saluran paip tersebut merupakan harta geopolitikal utama bagi Kremlin.

Projek terbabit, yang akan mengambil gas dari Artik Rusia di bawah Laut Baltik ke Jerman, sudah lebih 95% telah disiapkan.

Ujar Setiausaha Negara AS, Anthony Blinken, Biden mahu hubungan yang stabil dan ‘boleh dijangka’ dengan Rusia.

Blinken berkata demikian sewaktu pertemuannya dengan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov pada sidang kemuncak antarbangsa di Iceland semalam.

Bagaimanapun, tindakan Biden itu menerima kritikan daripada pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat, Bob Menendez.

Menurut anggota Demokrat New Jersey itu, beliau menggesa pentadbiran Biden untuk melaksanakan sekatan yang diinginkan oleh Kongres.

Tambah Menendez, beliau tidak yakin keputusan Biden itu akan membantu usaha AS untuk menyekat pengaruh Rusia di Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat