Bikin Panik! Giliran AS Umum Monkeypox Sebagai Kecemasan Kesihatan Global

308

‘Wabak ini dah jadi ancaman global. Harapnya tak cetus panik seteruk Covid-19.’

Beberapa minggu selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak cacar monyet (monkeypox) sebagai kecemasan kesihatan dunia, kini giliran negara Uncle Sam pula membuat pengumuman sama.

Ia adalah sususlan daripada peningkatan 6,000 kes baru melibatkan monkeypox di Amerika Syarikat (AS), dengan suku daripadanya dikenal pasti di New York.

Sebagai rekod, 1/4 kes yang muncul di New York telah menyebabkan bandar tersebut mengisytiharkan keadaan kecemasan dengan sendiri sementara California dan Illinois merupakan 2 negari dengan kes tertinggi di AS.

Difahamkan pengisytiharan tersebut akan mempercepatkan pengedaran vaksin, rawatan dan sumber persekutuan dalam membendung penularan virus monkeypox.

Umumnya, sebelum ini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS melaporkan hampir 26,000 kes disahkan di seluruh dunia tahun ini.

Perkara ini telah membuatkan kerajaan Joe Biden mewartakan supaya mereka yang  bersimptom untuk mendapatkan rawatan serta mengambil vaksinasi.

Dalam pada itu, pengisytiharan tersebut telah dibuat semasa berlakunya kekurangan bekalan vaksin monkeypox di seluruh AS.

Menurut Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia, mereka telah mengarahkan lebih 5 juta dos tambahan yang akan dihantar bulan depan.

Selain itu, White House pula mengumumkan pelantikan pasukan untuk menyelaras dan mengawal tindak balas monkeypox negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat