Binance Disiasat! Ini Nasib Yang Menimpa Binance Coin (BNB)

2,279

BNB Binance, mata wang kripto kelima terbesar dilaporkan telah disiasat oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC). Ini secara tidak langsung mendorong BNB merosot sebanyak 11% selepas berita tentang siasatan itu tersebar.

Token itu pada awalnya didagangkan pada harga purata $279.6 semasa ia dilaporkan dan kini turun kepada $278. Kejatuhan BNB ini juga berlaku di beberapa bursa kripto terkenal seperti KCS dan FTX Kucoin, merosot lebih 5% setiap satu.

Berdasarkan laporan, SEC sedang menyiasat sama ada tawaran initial coin offering (ICO) Binance Holdings Ltd. melanggar peraturan sekuriti suruhanjaya itu. ICO tersebut telah dilancarkan oleh bursa kripto terbesar, Binance pada tahun 2017.

Agensi (SEC) kini sedang mengkaji hal ehwal peribadi semasa pelancaran firma itu dan mereka yang terlibat dalam token BNB. Para pegawai sedang memeriksa sama ada tawaran BNB memiliki jumlah yang sama dengan penjualan yang sepatutnya didaftarkan dengan suruhanjaya itu atau tidak. Siasatan SEC telah menambah lebih banyak kesukaran untuk platform kripto terbesar tersebut kerana dalam masa yang sama juga sedang berhadapan isu undang-undang dan kontroversi yang lain.

Sementara itu, token BNB telah mencatatkan kejatuhan hampir 22% sepanjang 30 hari yang lalu, di tengah-tengah kemerosotan yang lebih meluas dalam pasaran kripto. Jumlah modal pasarannya telah mengecil kepada $45.6 bilion.

Bukan itu sahaja, Binance juga terpalit dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Reuters bahawa ia telah membenarkan transaksi haram lebih $2.5 bilion. Walaubagaimanapun, Binance menafikan dakwaan tersebut.

Binance setakat ini tidak memberikan sebarang ulasan mengenai perkara tersebut. Malah mereka memilih untuk tetap akur dengan segala tindak tanduk suruhanjaya itu. Baru-baru ini, badan Kawal Selia telah membuka beberapa siasatan berhubung tawaran yang melibatkan pengeluaran token maya sebagai langkah untuk mengumpul dana.

Binance sebelum ini menetapkan rancangannya dalam ‘whitepaper’ sebelum pelancaran BNB bahawa BNB akan dihadkan kepada 200 juta. Manakala separuh daripada token dijual oleh ICO pada pelbagai platform di seluruh dunia. Ia menambah bahawa pasukan pengasas Binance termasuk CZ bahawa Binance akan memiliki 80 juta token lagi.

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat