Pasaran kripto terbentang merah sejak kebelakangan ini dan semakin parah dengan harga Bitcoin (BTC) terus susut mendadak daripada $65,000 ke bawah $50,000.
Sebentar tadi BTC didagangkan pada $49,292, rekod terendah sejak Mac.
Khabar Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mencadangkan kadar cukai keuntungan modal kepada individu kaya tanpa disangka turut memberi impak negatif kepada pasaran kripto pada hari ini.
Ditambah pula dengan sentimen FUD (fear, uncertainty, doubt) susulan daripada khabar penyusutan hashrate Bitcoin kerana insiden di China termasuk khabar angin mengaitkan potensi penyeliaan dan cukai terhadap matawang kripto.
Buat masa sekarang, ketika harga BTC berada di paras terendah pelabur mengambil peluang untuk menambah lagi simpanan aset tersebut.
Tumpuan kini pada Bitcoin, sama ada boleh menembus paras $50,000 atau tidak. Jika gagal, pasaran kripto berada dalam kritikal.
Ketika penulisan, dalam 24 jam matawang kripto masing-masing didagangkan pada:
- Bitcoin: $50,210 (susut lebih 7%)
- Ethereum: $2,254 (susut hampir 6%)
- Litecoin (LTC): $232 (susut lebih 10%)
- XRP: $1.04 (susut lebih 18%)