Pasaran Kripto Memulih, Pelabur Tarik Nafas Lega!

1,456

Awal pagi ini pasaran kripto mula menunjukkan pergerakan positif dengan harga Bitcoin (BTC) meningkat 10% menunjukkan pelabur kembali memborong aset tersebut.

Pada minggu lepas, rekod menunjukkan BTC dan Ethereum (ETH) melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa dengan masing-masing mencatat nilai $64,863 dan $2,547.

Pada masa yang sama Litecoin (LTC) juga berjaya tembus melepasi paras $300 untuk kali pertama sejak 2018.

Bagaimanapun, ketika penyenaraian Coinbase (COIN) di Nasdaq mengundang bala apabila lambakan matawang kripto menyaksikan penyusutan mendadak terutama Bitcoin yang dilaporkan susut sehingga 15%.

Tambah penganalisis lagi, faktor lain yang mungkin mendorong penyusutan tersebut termasuklah:

  • Insiden bekalan elektrik yang terpadam di daerah Xinjiang, China pada Jumaat lalu hingga menyebabkan kadar hashrate Bitcoin jatuh mendadak hampir 30%, memberi kesan terhadap majoriti rangkaian raja kripto itu.
  • Sekatan penggunaan kripto sebagai medium pembayaran di Turki 
  • Khabar angin yang mengatakan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) akan mengenakan tindakan terhadap jenayah penyelewengan wang menggunakan kripto.

Bagaimanapun, AS menyambut kehadiran pengerusi baru Securities and Exchange Commission (SEC), Gary Gensler yang mengangkat sumpah pada Sabtu. Memandangkan individu itu memiliki latar belakang yang kuat berkaitan dengan blockchain dan aset kripto, boleh jadi Gensler akan mendorong SEC untuk meluluskan Bitcoin Exchange Traded Fund (ETF).

Ketika penulisan Bitcoin berjaya kembali ke paras lebih $56,000 diikuti ETH didagangkan pada $2,325 dengan lonjakan lebih 11% dalam 24 jam. Altcoins lain juga turut mengikuti pergerakan positif ini: XRP ($1.44), LTC ($265.38), dan Cardano (ADA) didagangkan pada $1.26.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat