BlackRock Tawar Pelaburan Pertama Dalam Bitcoin

293

BlackRock Inc, syarikat pengurusan pelaburan multinasional di Amerika telah menawarkan produk pelaburan pertamanya secara langsung dalam Bitcoin yang merupakan langkah penting untuk memasuki pasaran kripto yang diurus oleh pengurus aset terbesar di dunia.

Menurut BlackRock yang berpangkalan di New York, Private bitcoin trust terbaru telah berusaha menjejaki harga mata wang kripto terbesar dan memberi respon kepada permintaan pelanggan daripada institusi besar yang mencari pendedahan terhadap aset tersebut walaupun harga melakukan junaman pada tahun ini.

Walaupun mengalami kemerosotan mendadak dalam pasaran aset digital, mereka masih berminat dengan pelanggan institusi terbesar bagi mempelajari cara untuk menjadi cekap serta mengakses aset secara kos efektif dengan menggunakan teknologi dan keupayaan produk syarikat tersebut.

Selain itu, Bitcoin telah hilang separuh daripada nilainya pada 2022, sementara kejatuhan ekosistem Terra dan dana terhad Three Arrows Capital telah menimbulkan persoalan tentang daya tahan pasaran dan mendorong pemeriksaan kawal selia yang lebih ketat.

Pengumuman bitcoin trust terbaru adalah langkah terbesar kedua dalam aset digital, yang akan menguruskan US$8.5 trilion serta menunjukkan pemain terbesar Wall Street telah semakin mendalami penglibatan dalam industri tersebut.

BlackRock juga telah bekerjasama dengan platform pertukaran kripto berprofil tinggi iaitu Coinbase Global Inc untuk membenarkan pelabur institusi melihat aset portfolio seperti saham serta bon dan memantau pelaburan bitcoin mereka. Rentetan itu, menyebabkan saham Coinbase melonjak dengan tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif BlackRock Larry Fink percaya bitcoin merupakan peralihan sejak 4 tahun lalu. Beliau juga berkata tidak pernah mendengar permintaan daripada pelanggan yang memerlukan pendedahan dalam dunia mata wang kripto.

Tambahnya lagi, Fink dalam proses pembelajaran tentang kepentingan perkembangan dalam aset digital, stablecoins serta bagaimana ia boleh digunakan untuk membantu pelanggan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat