BMW Dan Alibaba Bekerjsama, Makin Majulah China!

231

BMW dan Alibaba telah menandatangani memorandum persefahaman untuk membentuk kerjasama strategik di Beijing. Kerjasama ini bertujuan untuk mendigitalkan proses perniagaan penuh BMW, dan membolehkan para peniaga menikmati pengalaman digital serta pelanggan yang menggunakan sistem operasi Alibaba.

Selain itu, Alibaba dan syarikat pembuat kenderaan mewah Bavaria itu akan memanfaatkan sumber mereka sendiri, dan melakukan kerjasama komprehensif dalam penjenamaan, pemasaran, saluran, operasi, perkhidmatan, dan teknologi maklumat.

Berdasarkan perjanjian tersebut, BMW akan menjadi pengeluar kenderaan pertama yang memanfaatkan Sistem Operasi Perniagaan Alibaba (ABOS). Ini akan membolehkan BMW dan pengedarnya untuk mempercepat transformasi digital rangkaian pengedar di China, dengan tujuan untuk menyediakan perkhidmatan digital yang lebih premium dan mudah kepada pelanggan.

Menurut Jet Jing, naib presiden Kumpulan Alibaba dan setiausaha agung perkhidmatan perusahaan untuk Ekonomi Digital Alibaba, sistem ini akan membantu mempercepat operasi digital di segmen perniagaan BMW, yang bertujuan untuk memberikan perkhidmatan berpusatkan pelanggan yang menyeluruh merangkumi kitaran hidup produk dan pertumbuhan berkualiti tinggi dengan memperluas, menghubungkan dan melayani pelanggan dengan cara yang lebih efektif.

Di samping itu, dengan bantuan sistem keahlian Alibaba, BMW dan MINI akan melancarkan perkhidmatan brands’ membership dan kempen pemasaran di pelbagai platform dalam talian Alibaba, untuk meningkatkan kesetiaan pelanggan, meningkatkan tahap aktiviti mereka, dan mendorong pertumbuhan perniagaan.

Ini akan membolehkan pelanggan membeli BMW dan MINI dalam talian dan juga membuat tempahan secara atas talian.

Sementara itu, BMW dan Alibaba turut akan bekerjasama dengan peniaga untuk membina sistem operasi end-to-end BMW, yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pautan penuh kepada pelanggan seperti tontonan kereta, pembelian kereta dan penyelenggaraan kereta di pelbagai platform ekosistem Alibaba, seperti Taobao, Tmall, Alipay dan Amap.

Berdasarkan kenyataan yang dikemukakan oleh presiden dan ketua pegawai eksekutif BMW Group China, Jochen Goller, kerjasaama antara industri dan pertukaran inovasi terbuka sangat diperlukan dalam mempercepat transformasi digital syarikat mereka yang berterusan. Sebagai salah satu syarikat teknologi terkemuka di China, Alibaba mempunyai kecekapan unik dari segi teknologi digital, platform dan saluran pelanggan berskala besar serta operasi pengguna yang disasarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat