BNM Kekalkan Kadar Dasar Semalaman Pada 3.0 Peratus

190

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada kadar 3.0 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC). Keputusan ini dilihat menepati jangkaan oleh beberapa penganalisis ekonomi sebelum ini.

Dengan OPR dikekalkan pada tahap semasa, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong aktiviti ekonomi.

BNM turut menyuarakan kebimbangannya terhadap peningkatan pertikaian perdagangan dan perkembangan geopolitik yang memberi kesan ke atas pasaran kewangan serta perkembangan ekonomi global sederhana dipacu oleh kadar pertumbuhan ekonomi di negara maju dan membangun yang perlahan.

Prestasi pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh pada suku kedua tahun 2019 adalah dibantu oleh peningkatan perbelanjaan swasta dan peningkatan dalam sektor ekonomi utama berlatarbelakangkan situasi pertumbuhan ekonomi dunia yang sederhana.

Menyebut mengenai ekonomi pada masa hadapan, BNM meramalkan aktiviti ekonomi akan terus disokong oleh pemacu pertumbuhan domestik dan pasaran buruh yang stabil serta pertumbuhan upah.

Jangkaan pertumbuhan asas untuk 2019 adalah tidak berubah iaitu antara 4.3% hingga 4.8%. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kekurangan risiko terhadap ketegangan perdagangan, ketidakpastian persekitaran global dan tempatan dan kelemahan sektor komoditi.

Selain itu, purata inflasi tajuk pada tahun ini dicatatkan pada 0.3% dan diunjurkan lebih tinggi untuk baki bulan tahun ini manakala inflasi utama pula dijangka kekal rendah. Inflasi asas pula dijangka kekal stabil dibantu oleh pengembangan ekonomi yang berterusan serta ketiadaan tekanan permintaan yang tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat