Boeing Mahu Lancarkan Kapal Terbang Di Metaverse?

366

Boeing bakal hasilkan kapal terbang di ruang metaverse, secepatnya dalam dua tahun lagi bermula 2022.

Kapal terbang yang dimaksudkan akan dibangunkan dengan reka bentuk 3D bersama sambungan kepada robot yang boleh berhubung antara satu sama lain.

Tidak cukup dengan itu, mekanik berkaitan di seluruh dunia akan saling berhubung menerusi headset HoloLens yang dihasilkan oleh Microsoft.

Ini merupakan langkah pertama Boeing menyertai Web 3.0 dengan menggabungkan operasi perkhidmatan penerbangan dan penghasilan di dalam satu ekosistem digital.

Mungkin keputusan Boeing dilihat hanya mengikut hype revolusi digital tetapi sebenarnya inisiatif yang diambil adalah untuk meningkatkan kualiti dan keselamatan, lagi-lagi industri aeroangkasa sangat dekat dengan ancaman tidak dijangka.

Menurut ketua jurutera Boeing, Greg Hyslop, lebih 70% isu kualiti berkait rapat dengan masalah reka bentuk: “Kelajuan dapat dipertingkatkan, kualiti akan bertambah baik, komunikasi dan tindak balas lebih lancar apabila berlakunya isu.”

Ini merujuk kepada krisis 737 MAX dan 787 Dreamliner yang menjadi perhatian seluruh dunia sejak kebelakangan ini.

Boeing bukanlah syarikat pertama yang mahu melancarkan pengangkutan di dalam metaverse dengan bantuan HoloLens.

Ford dan BMW misalnya juga menggunakan HoloLens untuk meningkatkan mutu keselamatan pengguna mereka.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat