BOJ Buat Kejutan, Trader Bakal ‘Bersahur’ Dengan FOMC!

1,241

US dolar paparkan penyusutan kembali di sesi New York semalam selepas berjaya mengukuh sebelum itu di sesi sebelumnya.

Debaran terus dirasai pelabur apabila acara tumpuan paling dinantikan pada minggu ini iaitu mesyuarat FOMC makin hampir tiba.

Petunjuk berkenaan langkah pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) akan menjadi pemacu pergerakan pasaran selepas ini.

Namun tumpuan terlebih dahulu terarah kepada keputusan mesyuarat polisi bank pusat Jepun semalam yang telah melakarkan sejarah baru.

Agak mengejutkan, Bank of Japan (BOJ) pada mesyuarat terbaru semalam buat pertama kalinya telah mengubah kadar faedah negatifnya yang telah dikekalkan sejak 2016.

BOJ telah menaikkan kadar faedah dari paras -0.10% kepada 0.00%-0.10% namun akan meneruskan pembelian bon menurut gabenor Kazuo Ueda dengan menjangkakan ekonomi Jepun akan pulih pada kadar sederhana.

Ini adalah langkah kenaikan kadar faedah yang pertama dibuat oleh BOJ sejak tahun 2007.

Walaupun dengan kejutan kenaikan kadar faedah itu, nilai mata wang Yen memberi reaksi negatif apabila pamerkan kejatuhan ketara dalam pasaran yang berterusan untuk beberapa sesi sehingga ke hari ini.

Selain itu juga, Reserve Bank of Australia (RBA) turut mengumumkan kadar faedah yang dikekalkan di paras 4.35%.

Bank pusat itu melihat dasar ketat yang diterapkan kembali memulihkan keseimbangan antara permintaan dan penawaran dalam ekonomi. Unjuran ekonomi walau bagaimanapun masih tidak jelas.

Dolar Aussie alami penyusutan ketara pada sesi Asia semalam memberi reaksi pada mesyuarat polisi tersebut.

Tumpuan pada hari ini pula akan beralih kepada terbitan data inflasi UK di sesi Eropah sebentar lagi sebelum semua mata akan terarah kepada keputusan mesyuarat FOMC awal pagi Khamis nanti.

Selepas FOMC, pasaran akan bersedia pula menantikan keputusan mesyuarat oleh Bank of England (BOE) dan Swiss National Bank (SNB) pada Khamis esok.

Perkembangan pasaran komoditi, harga emas bagi kedua-dua penanda aras WTI dan Brent masih mengekalkan corak kenaikan harga sehingga semalam.
Namun berbeza berbanding dagangan emas yang lebih suram dan mendatar menantikan gelora FOMC yang bakal tiba.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat