BOJ Kekalkan Kadar Faedah, USD/JPY Pamer Penurunan Pada Sesi Asia

447

Dagangan matawang safe-haven Yen pada sesi Asia pagi ini menjadi tumpuan pelabur dengan pergerakan aktif harga dipamerkan.

Seperti yang telah dijangkakan oleh pasaran, Bank of Japan (BOJ) telah mengekalkan kadar faedah yang rendah di paras -0.10% tidak berubah.

Susulan keputusan mesyuarat tersebut, tiada pergerakan ketara harga dipamerkan namun Yen telah menunjukkan pengukuhan pada sesi Asia sebelum keputusan mesyuarat dikeluarkan.

Pengukuhan Yen sebelumnya itu dipercayai didorong oleh pengurangan risiko pelabur terhadap isu pemecatan Donald Trump yang dibicarakan pada hari ini.

Turut meningkatkan risiko dalam pasaran selepas laporan bahawa Libya dan Iraq akan melaksanakan sekatan eksport minyak mentah susulan ketegangan di Timur Tengah yang melanda.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY dilihat mendatar di sekitar paras 110.200 sepanjang dagangan semalam.

Menyambung pada dagangan hari ini, harga menunjukkan penurunan dari paras 110.200 tersebut dan bergerak di bawah garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) sebelum ini. Ini berkemungkinan memberikan isyarat perubahan trend bakal berlaku pada dagangan USD/JPY.

Penurunan yang diteruskan bakal menguji paras 109.700 yang merupakan zon RBS (resistance become support) di mana paras ketinggian tersebut berjaya ditembusi harga 2 minggu yang lalu.

Penurunan lebih rendah akan menguji pula paras-paras penting seperti di paras 109.400 dan 109.200 yang menjadi tumpuan sebelum ini.

Namun jika kenaikan harga kembali berlaku, harga akan cuba melepasi zon resistance di bawah paras ketinggian 110.300.

Harga yang berjaya tembusi zon tersebut bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru untuk tempoh 8 bulan.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat