Boris Johnson Beri Peringatan, Pound Tewas!

370

Perdana Menteri UK, Boris Johnson memberi amaran bahawa negara itu berdepan dengan gelombang jangkitan daripada varian Omicron dan dua dos vaksin tidak cukup untuk menanganinya.

Dalam ucapannya pada malam Ahad (waktu UK), PM Johnson juga menetapkan tarikh akhir pada akhir tahun ini untuk program vaksinasi penggalak (booster) di negara itu.

PM Johnson menjelaskan bahawa setiap orang yang layak berumur 18 tahun ke atas di England, akan berpeluang untuk mendapatkan vaksin penggalak mereka sebelum Tahun Baru.

Susulan daripada pengumuman PM Johnson, matawang pound terus mengurangkan keuntungan yang diraihnya daripada penyusutan USD sebelum ini dengan didagangkan di sekitar harga 1.3225 pada awal sesi Eropah.

Beberapa jam sebelum itu, UK telah menaikkan tahap amaran di negara itu kepada empat disebabkan penularan varian coronavirus Omicron yang semakin meluas. Kali terakhir ia berada di tahap empat ialah pada bulan Mei.

Kebimbangan terhadap varian baharu ini telah menyebabkan pentadbiran Johnson memperkenalkan semula sekatan yang telah ditarik balik hampir enam bulan lalu seperti pemakaian pelitup muka di tempat tertutup, sijil vaksin mesti ditunjuk untuk memasuki kelab malam dan orang ramai juga digalakkan untuk bekerja dari rumah.

Di sisi lain, ketua pegawai perubatan England, Scotland, Wales dan Ireland Utara mengatakan kemunculan varian baharu yang sangat mudah merebak, menambah risiko tambahan terhadap perkhidmatan awam dan penjagaan kesihatan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat