Boris Johnson Ikrar Untuk Kenakan Tindakan Keras Ini Bagi Mengekang Rusia!

2,187

Perdana Menteri Boris Johnson tampil membuat pengumuman baru selepas pengisytiharan perang oleh Rusia ke atas Ukraine. Dalam keyataan terbaru, beliau menyatakan bahawa Britain dan sekutunya akan mengambil tindakan dengan mengenakan sekatan ekonomi yang jauh lebih besar untuk menggoncang ekonomi Rusia selepas Kremlin melancarkan pencerobohan habis-habisan ke atas negara jiran Ukraine pada hari Khamis.

Negara-negara Barat dijangka mengumumkan sekatan yang lebih ketat selepas awal minggu ini mengenakan mereka telah menggunakan sekatan ekonomi yang lebih berbentuk amaran. Namun malangnya sekatan tersebut tidak membuatkan Rusia untuk berundur malah mengambil tindakan lebih keras.

“Hari ini, bersama sekutu kami, kami akan bersetuju dengan sekatan ekonomi yang lebih besar untuk menggoncang ekonomi Rusia,” kata Johnson dalam ucapan terbaru beliau.

Beliau berkata Barat mesti menamatkan pergantungannya kepada minyak dan gas Rusia yang telah memberikan Presiden Rusia Vladimir Putin cengkaman terhadap politik Barat.

Dalam ulasan awal di Twitter pemimpin Britain itu menggelar pencerobohan itu sebagai “malapetaka” bagi Eropah, dan berkata beliau akan berbincangan dengan negara-negara G7 yang lain.

Menteri Luar Liz Truss berkata beliau telah memanggil duta Rusia untuk menjelaskan tindakan Moscow di Ukraine. Britain, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, telah mengancam untuk mengenakan sekatan yang lebih keras ke atas Rusia jika ia menceroboh Ukraine.

Akhir sekali, Johnson memberi jaminan untuk rakyat-rakyat Britain bahawa pihak pentadbiran beliau akan melakukan segala-galanya untuk memastikan negara kami selamat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat