Britain Masih Meneruskan Bayaran Terhadap Kesatuan Eropah Walaupun Selepas Brexit

37

Menteri Kewangan British iaitu Philip Hammond berkata pada Selasa bahawa beliau tidak menolak kemungkinan bahawa Britain akan terus membuat bayaran kepada Kesatuan Eropah. Hal ini bagi mengekalkan akses yang baik terhadap blok berkenaan.

Hammond memberitahu pemberita di Brussels bahawa beliau mahukan akses terbuka walaupun sesudah Brexit.

Minggu lalu, Menteri Brtain yang bertanggungjawab dalam rundingan Brexit iaitu David Davis berkata bahawa bayaran itu penting bagi menjaga hubungan dengan EU pada masa akan datang.

Justeru, apabila ditanya mengenai komen terbabit, Hammond mengatakan bahawa bayaran yang dikeluarkan perlu bersesuaian dengan manfaat yang bakal diperoleh oleh Britain nanti.

Hadamkan Tips Kewangan Daripada Jutawan Dunia Ini Jika Anda Pernah Memasang Impian Untuk Menjadi Seperti Mereka!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat