Bruce Kovner : Pemandu Teksi Jadi Jutawan Hedge Fund

3,752

Bruce Kovner, sebuah nama yang tidak asing lagi dalam dunia trading malah dianggap sebagai trader lagenda. Sebelum berjaya mencipta nama, beliau hanyalah seorang pemandu teksi.

Kovner dilahirkan di New York pada tahun 1945. Zaman kanak-kanaknya terpalit dengan sebuah memori pahit apabila ibunya mati kerana bunuh diri. Tragis sungguh!

Seterusnya, beliau telah menamatkan pengajian ijazahnya di Harvard University pada 1996 dan bekerja sebagai seorang pemandu teksi. Kemudian, beliau memutuskan untuk menyambung pembelajarannya sebagai doktor falsafah di Harvard’s John F. Kennedy School of Government. Namun begitu, pembelajarannya tidak berjaya dihabiskan kerana beliau memilih untuk berhenti.

Setelah itu, Kovner bekerja sebagai penulis dan trader komoditi. Beliau mula melabur ketika usianya mencecah 31 tahun. Dengan menggunakan tunai daripada kad kredit yang bernilai $3,000 beliau telah berjaya memperoleh keuntungan sebanyak $22,000.

Berbekalkan semangat dan keazaman yang tinggi, beliau diterima bekerja di salah sebuah syarikat hedge fund, Commodities Corporation sebagai pembantu. Di syarikat berkenaan, Kovner berjaya memperoleh keuntungan yang konsisten sebanyak 80% setahun.

Sehubungan dengan itu, ideanya untuk mengasaskan sebuah syarikat hedge fund telah tercetus. Pada 1983, Kovner telah menubuhkan Caxton Associates, yang memperoleh kira-kira 14% keuntungan setahun antara tahun 1983 dan 2013 berbanding dengan 9.5% untuk pasaran saham. Selain itu, syarikat berkenaan memiliki aset sekitar $10 bilion di bawah pengurusannya.

Menurut Forbes, pendapatan yang dicatatkan oleh Kovner ialah sebanyak $5.3 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat