BTC Bergelut Pada $19K, LUNA Classic Tiba-Tiba Meroket Lebih 30%! Apa Yang Berlaku?

728

Harga bitcoin masih bergelut pada sekitar $19,000, dengan satu lagi penurunan di bawah paras itu pada awal hari ini. Dalam masa yang sama, kebanyakan altcoin juga didagangkan rendah pada skala harian. Antara yang paling terkesan ialah Terra Classic sebelum ia kembali bangkit sebentar tadi.

Sebelum ini Terra Classic telah menjadi tumpuan para pelabur kripto berikutan prestasi yang memberangsangkan pada 2-3 minggu lalu. Terra Classic telah mendapat dorongan penambahbaikan daripada komuniti. Lonjakan harga sebelum seakan-akan membawa sinar kembali kepada Terra Classic.

Walaubagaimanapun perkara ini tidak bertahan lama apabila ia terpalit dengan perkembangan semasa yang berkaitan pengasas bersama projek – Do Kwon. Kejatuhan hari ini juga dikaitkan dengan isu yang sama sebelum ia kembali bangkit berikutan pengumuman dari Binance. Pada hari ini didedahkan bahawa Interpol telah mengeluarkan notis merah untuknya. Ini bermakna polis dari seluruh dunia akan menyertai pencarian Do Kwon dan proses itu akan menjadi lebih aktif.

Berdasarkan laman web rasmi, Binance mengumumkan bahawa mereka akan mengimplimentasikan mekanisma pembakaran LUNC ke atas yuran perdagangan. LUNC didagangkan kukuh pada paras dagangan $0.0003173 semasa penulisan.

Harus dimaklumi bahawa mata wang kripto utama mengalami penurunan besar minggu lalu apabila Rizab Persekutuan AS mengumumkan kenaikan terkini dalam kadar faedah utama. Bitcoin, yang dianggap sebagai aset yang lebih berisiko, menjunam hampir $2,000 dalam beberapa jam ke paras terendah tiga bulan sebanyak $18,100.

Ia bertindak balas dengan baik pada ketika ini dan menuntut semula $19,000 sehari kemudian. BTC juga mencuba untuk mendapatkan sesuatu yang lebih namun terhenti di paras sokongan $19K. Paras pasaran BTC masih pada $365 bilion dan penguasaannya ke atas altcoin telah melebihi 39% sekarang. BTC kini didagangakan pada paras dagangan $19,103.22.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat