BTC & ETH Pamer Reaksi Mendukakan, XRP Bergerak Positif

1,338

Bitcoin (BTC) gagal untuk tembus ke paras rintangan, $48,500 dan terus mencatatkan penyusutan dengan nilai semasa artikel ini ditulis didagangkan pada $46,488.

Paras sokongan mingguan Bitcoin kini berada di $45,500. Tetapi jika BTC mula mencatatkan peningkatan, paras rintangan utama berada di $48,500.

Ethereum (ETH) juga tidak ketinggalan papar harga rendah di bawah paras $4,000 dengan nilai dagangan telah susut lebih 3% dalam 24 jam, didagangkan pada $3,857.

Paras sokongan ETH berada di $3,880 dan rekod semasa aset ini menunjukkan paras tersebut sudah ditembus. Penganalisis meramalkan potensi untuk ETH menuju ke paras $3,650.

Tetapi jika ETH pamerkan peningkatan harga, paras rintangan akan berada di sekitar $4,000-$4,100.

Kebanyakkan altcoins juga tidak ketinggalan pamerkan prestasi yang kurang mengujakan:

  • Solana (SOL) susut hampir 6%, didagangkan pada $176.34
  • Cardano (ADA) susut hampir 4%, didagangkan pada $1.24
  • Dogecoin (DOGE) susut lebih 3%, didagangkan pada $0.166
  • Shiba Inu (SHIB) susut lebih 6%, didagangkan pada $0.00002969

Berbeza pula XRP yang mencatatkan peningkatan harga sebanyak lebih 5% dan sedang didagangkan pada $0.87. Aset ini berhadapan dengan paras rintangan yang berada di sekitar $0.92-$0.96.

Sementara itu, nilai pasaran kripto juga turut mencatatkan penyusutan. Kini keseluruhan pasaran bernilai $2.17 trilion.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat