BTC Tiada Hala Tuju, Data Tuntutan Pengangguran AS Atasi Jangkaan!

319

“Kejap naik kejap turun, harga BTC nak pegi mana sebenarnya ni?”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) mengekalkan kedudukannya di bawah $64,000 apabila data tuntutan pengangguran terbaharu Amerika Syarikat (AS) mencapai tahap tertinggi dalam sembilan bulan pada 231,000 berbanding jangkaan 212,000.

Baru-baru ini, Federal Reserve (Fed) telah menunjukkan tanda-tanda ketegangan di dalam pasaran buruh sebagai sebab utama bagi mempertimbangkan pemotongan kadar faedah, jadi harga BTC boleh susut semula antara julat $59,000 dan $60,000.

Menerusi pemerhatian, dua pemotongan kadar oleh Fed yang mungkin berlaku pada tahun ini di mana pemotongan pertama dijangka dilakukan pada September 2024 dapat memberi kesan pada BTC ditambah pula aliran masuk spot BTC ETF didapati mendatar semula.

Menurut trader terkemuka Titan of Crypto, BTC mungkin akan mendaki sehingga $75,000 semasa tempoh consolidation ini tetapi perlu diketahui harganya juga boleh tergelincir ke $55,000 jika pasaran kripto melemah semula.

Memang tidak dinafikan BTC telah melihat pergerakan agak lemah, bagaimanapun wallet yang memiliki 1,000 hingga 10,000 BTC bertindak mengumpul lebih 15,000 BTC bernilai $941 juta yang menunjukkan keyakinan whales terhadap prospek kenaikan harganya.

Memandangkan BTC bergerak bertentangan dengan indeks dolar Amerika Syarikat (AS) (DXY) dan Perbendaharaan 10 tahun AS yang jatuh pada hari ini, BTC telah naik sedikit tetapi pelabur masih menunggu ulasan lanjut daripada pegawai Fed untuk panduan arah pasaran dan prospek ekonomi.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 2.30% pada paras $62,882 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan kenaikan 5.98% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat