BTC Tiba-Tiba Bangkit Daripada Kejatuhan – Paras Harga $21k Cuba Ditawan!

761

Turun naik harga dalam pasaran sejak kebelakangan ini menghadirkan rasa resah kepada pemain pasaran kerana ketidaktentuan yang berlaku. Harapan untuk melihat harga Bitcoin mengukuh semakin kendur sebelum pengumuman the Fed kerana ianya telah jatuh ke paras $17,000.

Namun begitu, selepas pengumuman kenaikan kadar faedah oleh the Fed, harga bitcoin mula membuat pengukuhan walaupun sedikit. Pada hari ini, bitcoin sedang mencuba untuk menguji paras harga $21,000. Altcoin juga mencatatkan beberapa keuntungan yang tidak kalah hebatnya dalam tempoh 24 jam yang lalu, dengan XRP mendahului dalam lonjakan harga.

Ini merupakan percubaan kedua Bitcoin untuk menguji paras $21k. Sebelum ini Bitcoin mencuba untuk mengekalkan kedudukannya pada paras harga ini namun gagal dan di bawah $20,000 selepas Jerome Powell, pengerusi the Fed mengesahkan semula rancangan bank pusat untuk terus menaikkan kadar faedah dalam percubaan terdesak untuk melawan inflasi yang sedang mengganas ini.

Walau bagaimanapun, BTC pulih dengan cepat dan meningkat di atas paras $20k semalam. Pada hari ini pula, Bitcoin membuat satu lagi lonjakan ke paras $21k dengan jumlah pasaran hampir kepada $400 bilion sekali lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Binance percaya bitcoin akhirnya akan mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa baharu melebihi $69,000, tetapi ia boleh mengambil masa sehingga dua tahun untuk berbuat demikian. Pelabur terkenal, Mark Mobius pula mengelar bitcoin sebagai “penunjuk utama,” yang diikuti oleh Dow Jone dan indeks pasaran saham lain.

Disisi lain, Binance Amerika Syarikat mula menawarkan yuran daganan pada nilai sifar untuk pasangan spot BTC.

Dalam masa yang sama kebanyakkan altcoin meneruskan percubaan mereka untuk memulihkan beberapa kerugian baru-baru ini. Ethereum cuba bertahan paras dagangan $1,100 selama beberapa hari. Semasa penulisan ia telah melonjak ke paras $1200 dengan kenaikan 11.28%.

BNB, Cardano, Solana dan Polkadot masing-masing melonjak 5% dalam lonjakan terbaru. Paling menarik, tanpa disangka, Ripple menunjukkan lonjakan yang besar sehingga kepada lebih 13%.

Sentimen positif terbaru yang lain ialah Philip Hammond, bekas Canselor UK menyatakan bahawa kerajaan itu harus menerima mata wang kripto dan teknologi asasnya untuk kekal relevan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat