BTC Tiba-Tiba Mengukuh Balik, Apa Sebabnya?

728

“Kejap naik kejap turun, harapnya BTC teruskan kenaikan la.”

Menunjukkan pengukuhan, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) menembusi $71,000 apabila terbitan data Pembukaan Pekerjaan (JOLTS) daripada Biro Statistik Buruh mendedahkan penurunan dalam pembukaan pekerjaan bagi bulan kedua berturut-turut.

Susulan terdapat 8.06 juta jawatan tersedia pada April 2024, angka itu yang mewakili paras terendah tiga tahun telah jatuh di bawah jangkaan ahli ekonomi 8.36 juta sementara nisbah pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang tersedia kepada pekerja menganggur turun pada 1.2.

Pasaran pekerjaan yang semakin reda dapat membuka jalan kepada Federal Reserve (Fed) bagi mempertimbangkan pemotongan kadar faedah pada masa hadapan, tetapi bank pusat AS mungkin akan menunggu pengesahan lanjut.

Selain kadar pendanaan positif menunjukkan traders yang memegang positions long telah menjangkakan pada kenaikan harga BTC, aktiviti perdagangan niaga hadapan turut meningkat secara ketara dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Pendakian harga BTC turut didorong oleh spot BTC ETF berpangkalan di AS semalam yang melihat aliran masuk bersih sehingga menyebabkan iShares Bitcoin Fund (IBIT) Blackrock cecah lebih $20 bilion dalam aset di bawah pengurusan (AUM).

Menurut QCP Capital berpangkalan di Singapura, pasaran kripto kekal yakin biarpun terdapat tajuk negatif tentang Mt. Gox dan penggodaman DMM pada minggu lepas susulan para pelabur mungkin sedang menunggu spot Ethereum (ETH) ETF pula.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 3.90% pada paras $70,871 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1.3 trilion seterusnya mencatatkan kenaikan 11.89% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat