Buang 1 Ambil 7, Tesla Aktif Merekrut Pekerja Di Singapura Semula?

577

‘Macam ada udang di sebalik batu je dengan situasi ini. Hmmm…”

Tesla Inc membuat keputusan mengejut dengan rancak menjalankan aktiviti merekrut di Singapura, selepas bertindak memecat pengurus cawangan negara itu beberapa minggu lalu.

Perkara ini dilihat bertentangan dengan pengumuman Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Elon Musk yang mahu mengurangkan 10% tenaga kerja kerana beliau memiliki ‘firasat buruk’ mengenai pertumbuhan ekonomi.

Menerusi paparan di LinkedIn Tesla, terdapat 7 jawatan terbuka iaitu pakar pemasaran, pembantu perhubungan awam, pengurus acara, pakar operasi penghantaran, pembantu jualan dan pengurus projek bagi peranan tanggungjawab sosial korporat.

Suka untuk diingatkan bahawa beberapa minggu lalu pihak Tesla Singapura telah bertindak memecat pengurus cawangannya, Christopher Bousigues yang telah berkhidmat dengan syarikat kereta elektrik (EV) tersebut selama setahun.

Bousigues menyatakan dalam akaun LinkedIn peribadinya bahawa pemecatan tersebut berkait rapat dengan pengurusan kakitangan seperti yang diumum Musk mengenai firasat buruknya.

Namun, Bousigues tidak berkeseorangan apabila Tesla turut bertindak membuat ‘pemecatan besar-besaran’ di kilang gigafactory Sparks, Nevada selain menutup beberapa kilang pengeluaran di seluruh dunia.

Umumnya, tindakan pemecatan beberapa kakitangan terutamanya di jabatan sumber manusia dan jurutera perisian merupakan satu kejutan yang besar memandangkan jawatan-jawatan tersebut memainkan peranan penting.

Malah Musk menyatakan tindakan pemecatan tersebut bakal memberi kesan kepada pengeluaran sebanyak 3.5% memandangkan bilangan kakitangan setiap jam masih dijangka meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat