Bukan Biasa-Biasa, Andrew Tate Nak Jual Kripto Sendiri!

466

“Agak-agak boleh menjadi ke rancangannya ni?”

Ahli perniagaan Andrew Tate mendedahkan ideanya bagi melancarkan mata wang kripto tersendiri disokong $100 juta wang tunainya, tetapi mula memadamkan semula kenyataannya apabila sambutan diterimanya tidak begitu mesra.

Bagaimanapun, Tate berkata bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana kripto serta bukan penipu seperti ‘influencer’ lain dan sama sekali tidak akan merompak peminatnya.

Tate didapati sangat meminati aset digital terutamanya Bitcoin (BTC) susulan beliau telah melabur sejumlah besar wang dalam BTC dan kini beliau pada masa ini nampaknya semakin bersemangat untuk membangunkan kripto sendiri.

Selain menyokong dengan $100 juta, Tate berjanji tidak akan pernah menjual kripto beliaudan ia akan memberi akses awal termasuk diskaun kepada rakan-rakan universitinya.

Tate yang merupakan “lelaki paling terkenal masih hidup” akan mempromosikannya di mana-mana sehingga banyak orang membuat duit, tegasnya sambil menambah bahawa beliau akan melakukannya jika tweet itu menerima 50,000 tweet semula.

Meskipun begitu, masih tidak jelas bilakah Tate akan melaksanakan rancangannya tetapi pengumuman itu sudah heboh di platform media sosial X biarpun sesetengah peminatnya tidak begitu yakin dengan matlamat beliau.

Tate kemudiannya menyiarkan mesej baharu yang memberitahu pengikutnya supaya mendaftar untuk surat berita e-mel beliau.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat