Bukan Biasa-Biasa! Capai ATH Terbaru, Modal Pasaran Genetec Cecah RM1.5 Bilion

297

Harga saham Genetec Technology Bhd ‘meroket’ untuk mencapai paras tertinggi terbaharu kepada RM31.12 pada sesi perdagangan di Bursa Malaysia hari ini.

Lonjakan itu juga telah mendorong Genetec untuk mencatat peningkatan bagi permodalan pasaran syarikat kepada RM1.5 bilion.

Pada 3.09 petang, harga saham Genetec masih kekal melonjak sebanyak 5.57% kepada RM30.72 dengan 508,500 saham bertukar tangan.

Meneliti kepada penilaian, saham kumpulan itu telah melonjak 1,657% atau RM28.67 kepada paras harga semasa daripada RM1.73 yang dicapai pada akhir 2020.

Setakat ini, pulangan penempatan saham telah melebihi 600% dalam masa dua bulan namun ia masih tidak mempunyai faktor yang jelas dalam menyokong kenaikan tersebut.

Pada bulan lalu, Genetec telah memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM8 juta bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2021 berbanding kerugian bersih RM2.1 juta pada tahun lalu.

Pendapatan syarikat menyaksikan kenaikan tiga kali ganda kepada RM40.3 juta daripada RM12.4 juta.

Syarikat itu mengatakan bahawa keuntungan tersebut disumbangkan oleh kadar jumlah penjualan yang lebih tinggi dan peningkatan kecekapan operasi.

Genetec juga ada menerima order book yang kukuh terutamanya dari sektor kenderaan elektrik (EV) yang telah memberi impak positif terhadap prestasi suku semasa.

Selain itu, syarikat tetap komited untuk memastikan kualiti dan kecekapan projeknya berjalan lancar dan ia berharap agar impak tersebut dapat diteruskan pada suku akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat