Bukti Sahkan XRP & Bitcoin Adalah Sama – Ripple

6,291

Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Ripple, David Schwartz mendedahkan segala bukti yang dikumpulkan jelas menunjukkan Bitcoin dan XRP adalah sama walaupun token XRP dituduh terjual secara haram sebagai sekuriti.

Pendedahan itu dilakukan menerusi Coindesk TV, “Pasaran menganggap kedua-duanya adalah sama. Kami juga menganggap token tersebut sama.”

Untuk pengetahuan, perbicaraan saman Securities and Exchange Commission (SEC) terhadap Ripple masih belum ada kata putus.

Ripple telah dituduh melanggar undang-undang sekuriti Amerika Syarikat (AS) dalam penjualan XRP kepada pembeli runcit. Tindakan SEC mengejutkan komuniti itu kerana  akan memberi kesan negatif kepada seluruh industri kripto.

Schwartz juga beberapa kali tampil secara umum, meyakinkan pemegang XRP yang ragu-ragu dengan masa depan token itu kerana saman SEC.

Jelas CTO itu, “Nilai pasaran sistem ini bernilai berbilion dolar. Mereka yang bertindak berdasarkan minat sendiri tidak akan membiarkan ekosistem ini punah jika ada jalannya. Badan penyeliaan tiada hak untuk mengawal sistem ini. Dengan bersatu sahaja mampu mengembalikan keadaan kepada asal.”

Sejak beberapa hari ini XRP bergerak positif, menembusi paras $1 untuk kali pertama sejak tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, Schwartz ragu-ragu untuk mendedahkan apa punca kepada lonjakan ini. Tapi, tidak dapat menyangkal ada kemungkinan didorong oleh penyenaraian semula XRP di platform Coinbase.

Selain itu, boleh jadi ia didorong oleh khabar Ripple yang menang hak untuk mendapatkan dokumen dalam Bitcoin dan Ethereum semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat