Bullish! USD/JPY Bolos Ke Paras Tertinggi Sejak 2017!

260

Mata wang safe-haven menjadi perhatian para pelabur dalam suasana pasaran yang berisiko dalam ketidaktentuan perkembangan perang antara Rusia dan Ukraine yang dilihat masih lagi belum memberi petunjuk untuk berakhir.

Pada minggu ini, US dolar dilihat lebih mendominasi ke atas Yen selepas kedua-dua mata wang tersebut saling mengukuh berbanding satu sama lain pada dagangan beberapa minggu kebelakangan ini.

Pada carta harga pasangan mata wang USD/JPY, harga telah menunjukkan corak kenaikan harga sejak awal minggu dengan pengukuhan US dolar mengatasi Yen.

US dolar juga mempunyai ruang untuk melanjutkan pengukuhan setelah data pertumbuhan GDP Jepun yang diterbitkan pada Rabu lalu mencatatkan penurunan pada angka bacaan selain data inflasi Amerika Syarikat (AS) kekal di paras tertinggi 40 tahun.

Justeru, harga pada carta USD/JPY hari ini (Jumaat) telah mencatatkan kenaikan ke paras tertinggi terbaru 5 tahun.

Pada awal minggu lalu, harga telah membuat kenaikan dari paras support 114.700 sehingga menuju zon rintangan 116.300 pada sesi New York semalam.

Zon ketinggian tersebut turut diuji ketika kenaikan harga pada dagangan awal Januari lalu dan juga diuji sekali lagi pada dagangan Februari, namun kekal harga tidak berjaya tembusinya.

Namun, lain pula cerita pada hari ini apabila kenaikan harga berjaya dipacu lebih tinggi menembusi zon rintangan 116.300 tersebut dan setakat sesi Eropah, harga telah mencapai paras sekitar 116.700.

Walaupun penganalisis sedikit ragu untuk US dolar kekal mendominasi ke atas Yen, harga berkemungkinan akan meneruskan kenaikan selepas corak positif yang dipaparkan.

Sasaran kenaikan lebih tinggi adalah untuk menuju ketinggian pada 118.00 pula iaitu rintangan bagi kenaikan harga pada Disember 2016 lalu.

Manakala, untuk jangkaan penurunan harga pula, harga akan kembali semula ke paras 116.300 yang berjaya ditembusi itu sama ada paras tersebut akan menjadi sokongan terbaru buat harga, atau harga susut lebih rendah di bawahnya.

Penurunan lebih rendah akan kembali ke paras sekitar 115.500 sebelum menuju ke zon support 114.700 semula bagi pergerakan pada trend bearish.

Lihat gambar carta harga USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat