Bursa Dibuka Tinggi Sebelum Kembali Merudum

147

Pada jam 9.22 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 1.99 mata pada 1,541.12 daripada penutupan Jumaat pada 1,543.11.

Indeks dibuka 0.27 mata pada 1,543.38.

Ia dibuka tinggi namun merudum kemudian ekoran aktiviti pengambilan untung sederhana pada beberapa saham wajaran tinggi terpilih.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 239 berbanding 227, manakala 325 kaunter pula tidak berubah, 1,482 tidak didagangkan dan 21 digantung.

Jumlah perolehan pada 624.36 juta unit bernilai RM196.5 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan jangkaan sentimen berhati-hati oleh pelabur terhadap sektor teknologi ekoran penurunan Nasdaq.

Selain itu, setakat minggu pertama 2022 KLCI telah mencatat keuntungan yang didorong oleh saham wajaran tinggi perladangan.

Harga minyak sawit mentah berada pada paras RM4,990 per kg dan harga minyak Brent pada US$81 atau RM340.47 setong.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking (Maybank) turun 2 sen pada RM8.30, Public Bank Bhd jatuh 1 sen pada RM4.15 dan IHH Healthcare susut 3 sen pada RM6.71, Petronas Chemicals Group Bhd (Petchem) kekal pada RM8.79 sementara CIMB Group Holdings Bhd naik 1 sen pada RM5.47.

Saham aktif memperlihatkan MQ Technologi Bhd maju 2.5 sen pada 13 sen, AHB Holdings Bhd tambah 3 sen pada 23 sen sementara Techna-X Bhd dan SMTrack Bhd naik 1 sen pada 10 sen dan 30.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas turun 11.01 mata pada 11,206.41, FBM Emas Shariah jatuh 15.58 mata pada 12,043.90, FBM 70 kuncup 3.50 mata pada 14,323.91 dan indeks FBMT 100 susut 11.41 mata pada 10,892.26.

Sementara FBM ACE maju 49.23 mata pada 6,741.26.

Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menambah 0.04 mata pada 202.31, indeks Perkhidmatan Kewangan memacu 4.13 mata pada 15,711.55 dan indeks Perladangan menurun 29.31 mata pada 6,689.52.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat