Bursa Malaysia Berubah Positif Pada Tengah Hari

141

KLCI memulihkan kerugiannya pada sesi awal dagangan dengan kembali meningkat sehingga 0.22% pada tengah hari seiring dengan pengukuhan pasaran serantau.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran naik 3.61 mata kepada 1,619.63 selepas mengalami situasi turun naik pagi tadi.

Jumlah dagangan ialah 1.1 bilion unit bernilai RM682.3 juta. Kaunter untung mengatasi kaunter rugi masing-masing dengan 397 dan 282 manakala 345 kaunter tidak berubah.

Antara pasaran yang meraih keuntungan adalah BAT naik 52 sen kepada RM23.02 diiikuti oleh Carlsberg 44 sen kepada RM24.44 dan Nestle menokok 30 sen kepada RM148.60. Public Bank pula meningkat 16 sen kepada RM21.58.

Petronas Chemical naik 10 sen kepada RM7.40 dan Public Bank meningkat 16 sen kepada RM21.58.

Saham Asia lebih tinggi berikutan sentimen positif daripada sesi yang kukuh di Wall Street mengatasi ketegangan perdagangan dan peningkatan permintaan global terhadap eksport China.

Sementara itu, Indeks Komposit Shanghai susut 0.4% berbeza dengan prestasi pada awal dagangan yang mencatatkan peningkatan manakala Kospi Korea Selatan catat kenaikan 1.2% diikuti oleh Nikkei Jepun naik 0.6%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat