Bursa Malaysia Kembali Positif Ekoran Sentimen Memulih Pasaran

161

Sesi dagangan Bursa Malaysia mempamerkan lonjakan untuk dibuka positif ekoran pemulihan sentimen pasaran dan menjejaki prestasi memberangsangkan Wall Street hasil dorongan laporan pendapatan korporat yang kukuh.

Ketika jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 8.58 mata pada 1,437.34 daripada penutupan Selasa pada 1,428.76.

Indeks dibuka kukuh 1.26 mata pada 1,430.02.

Di pasaran meluas, kaunter untung pada 324 mengatasi kaunter rugi pada 94, manakala 190 kaunter pula tidak berubah, 1,680 tidak didagangkan dan 7 digantung.

Jumlah perolehan pada 386.1 juta unit bernilai RM141.24 juta.

Ulas nota Malacca Securities Sdn Bhd, sektor teknologi dijangka memulih semasa berlaku minat pembelian berlebihan pada saham teknologi ekoran lantunan kukuh Wall Street.

Selain itu, firma menjangkakan muncul dagangan pada sektor tenaga semasa berlaku lantunan pada harga minyak mentah dan saham bertemakan pemulihan pula didorong oleh minat pada sektor pengguna, pengangkutan dan logistik.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd naik 3 sen pada RM8.59, Public Bank Bhd tambah 2 sen pada RM4.42, Petronas Chemicals Group Bhd capai 13 sen pada RM8.43, IHH Healthcare Bhd kumpul 1 sen pada RM6.43 sementara CIMB Group Holdings Bhd kurang 1 sen pada RM5.09.

Saham aktif memperlihatkan Metronic Global Bhd dan AHB Holdings Bhd naik 0.5 sen pada 9 sen dan 14.5 sen, Dagang NeXchange Bhd lonjak 2 sen pada 75 sen, Sapura Energy Bhd susut 0.5 sen pada 4 sen sementara MMAG Holdings Bhd kekal pada 5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas Index meningkat 58.68 mata pada 10,190.71, indeks FBM Emas Shariah menambah 74.55 mata pada 10,290.99, FBM 70 melonjak 125.39 mata pada 12,253.82, indeks FBMT 100 mengembang 55.57 mata pada 9,951.48 dan FBM ACE memacu 79.72 mata pada 4,672.44.

Segi sektor, indeks Perladangan menambah 51.46 mata pada 6,812.59, indeks Perkhidmatan Kewangan mencapai 43.11 mata pada 16,048.52, indeks Tenaga melonjak 11.3 mata pada 636.81 dan indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mencanak 1.44 mata pada 172.36.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat