Bursa Malaysia Melonjak Naik Seiring Dengan Pengukuhan Bursa Asia

225

Bursa Asia kembali mengukuh pada akhir minggu ini. Hal ini kerana didorong oleh keyakinan pelabur terhadap syarikat kewangan di Amerika Syarikat.

Saham Wall Street melonjak naik selepas sentimen pengurangan pembelian bon oleh China.

Saham Eropah ditutup pada paras terendah dalam seminggu pada hari Khamis, kerana pelabur menunggu isyarat daripada Bank Pusat Eropah mengenai dasar monetari.

Indeks saham MSCI Asia pasifik di luar Jepun naik 0.2%. Indeks saham Nikkei, Jepun pula dibuka rendah sebanyak 0.1%. Kejatuhan saham Nikkei, Jepun didorong oleh kejatuhan saham teknologi dan automotif.

Saham honda jatuh sebanyak 0.92% manakalah saham Uniqlo melonjak naik dan mencatat keuntungan operasi melebihi 28%.

Indeks Kospi saham Korea Selatan dibuka kukuh walaupun di tekan oleh saham teknologi.

Bursa Malaysia melonjak naik pada hari berikutan peningkatan jumlah belian saham.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat