Bursa Saham Wall Street Jatuh Menjunam, Indeks Dow Jones Jatuh Melebihi 1000 Mata

1,573

Bursa saham Wall Street Amerika Syarikat (AS) jatuh menjunam dalam perdagangan hari Isnin.

Indeks Dow Jones jatuh 4.60% kepada 24.354 mata. S&P 500 jatuh 4.10% menjadi 2.648 mata dan Nasdaq juga mencatat kejatuhan sebanyak 3.78% kepada 6.967 mata. Kejatuhan Indeks Dow Jones sebanyak 4.60% adalah kejatuhan terbesar sejak Ogos 2011.

Kejatuhan bursa saham US adalah disebabkan kekhuatiran pelabur terhadap kenaikan kadar faedah oleh The Federal Reserve. Menurut penganalisis tiada faktor besar yang mendorong kejatuhan saham kecuali kekhuatiran terhadap kadar faedah.

Pentadbiran langsung memberi ulasan terhadap kejatuhan bursa saham yang terjadi. Jurucakap White House mengatakan Presiden Trump sedang memberi tumpuan bagi memperbaiki keadaan ekonomi US dalam jangka panjang. Tambahan, keadaan ekonmi US masih kukuh walaupun terdapat penjualan besar-besaran dalam pasaran saham.

Wall Street sebelumnya mencatat peningkatan walaupun banyak berlaku perubahan polisi sehinggalah Januari lalu. Indeks Dow Jones jatuh 1000 mata. Warren Buffett kerugian sebanyak $2.4 billion berikutan kejatuhan tersebut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat