Bursa Terlalu Banyak Bergerak, Kini ‘Berdarah’ Semula

212

Pada jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.12 mata pada 1,547.78 daripada penutupan hari Khamis pada 1,549.90.

Indeks dibuka kukuh 1.34 mata pada 1,551.24.

Bursa dibuka sedikit tinggi namun berundur semula ekoran penjualan pada beberapa kaunter semasa berlakunya sentimen pasaran yang bercampur sungguh pun Wall Street mengukuh.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung pada 239 mengatasi kaunter rugi pada 137, manakala 237 kaunter pula tidak berubah, 1,633 tidak didagangkan dan 12 digantung.

Jumlah perolehan pada 313.43 juta unit bernilai RM105.21 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan Wall Street mengalami lantunan yang memulihkan kerugian dengan data buruh yang lemah.

Ekoran itu, mereka menjangkakan aktiviti bargain-hunting akan muncul pada semua sektor tempatan berdasarkan prestasi semalaman Wall Street tersebut.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Petronas Chemicals Group Bhd hilang 3 sen pada RM8.91 dan RM9.96, IHH Healthcare Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd jatuh 4 sen pada RM6.50 dan RM5.14 sementara Public Bank Bhd tambah 1 sen pada RM4.62.

Saham aktif memperlihatkan Serba Dinamik Holdings Bhd naik 2.5 sen pada 13 sen manakala warannya capai 1 sen pada 5 sen, MQ Technology Bhd dan Dagang NeXchange Bhd (DNeX) tambah 0.5 sen pada 5.5 sen dan RM1 sementara Sapura Energy Bhd susut 0.5 sen pada 5.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE mencanak 27.34 mata pada 5,263.74, indeks FBM Emas Shariah meningkat 2.85 mata pada 11,399.45 dan the FBM 70 melonjak 37.12 mata pada 13,304.17 sementara indeks FBM Emas melemah 1.86 mata pada 11,056.04 dan indeks FBMT 100 menyusut 4.26 mata pada 10,751.95.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan melemah 0.22 mata pada 200.13, indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 19.59 mata pada 16,726.30 sementara indeks Perladangan meningkat 19.02 mata pada 7,921.07.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat