Bursa ‘Test Power’ Sebelum Berundur Selepas Jejaki Prestasi Wall Street

149

Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 2.77 mata pada 1,584.59 daripada penutupan Khamis pada 1,587.36.

Indeks dibuka kukuh 0.93 mata pada 1,588.29.

Ia dibuka tinggi kemudian berundur selepas menjejaki prestasi lemah pasaran Wall Street ekoran perang yang berterusan di Ukraine sementara kenaikan kadar faedah terus mengkaburi sentimen pasaran.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 234 berbanding 99, manakala 229 kaunter pula tidak berubah, 1,674 tidak didagangkan dan 35 digantung.

Jumlah perolehan pada 180.92 juta unit bernilai RM78.86 juta.

Naib Presiden penyelidik ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata sentimen pasaran kekal berhati-hati ekoran tiada pemangkin baru.

Selain itu, mereka menjangkakan indeks mungkin berada pada paras 1,580-1,595 pada harini.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) jatuh 1 sen pada RM8.93, Public Bank Bhd dan IHH Healhcare BHd padam 2 sen pada RM4.65 dan RM6.18 dan Petronas Chemicals Group Bhd susut 5 sen pada RM9.55.

Nestlé (Malaysia) Bhd kumpul 50 sen pada RM134.10, PPB Group Bhd macu 10 sen pada RM17.20 dan Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) tambah 4 sen pada RM25.24 sementara Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Axiata Group Bhd kekal pada RM9 and RM3.79.

Saham aktif memperlihatkan Pappajack Bhd tambah 7.5 sen pada 37.5 sen, MQ Technology Bhd, Vinest Capital Holdings Bhd dan Jade Marvel Group Bhd turun 0.5 sen pada 4.5 sen, 23 sen dan 79.5 sen sementara TWL Holdings Bhd naik 0.5 sen pada 7.5 sen.

Di papan indeks, FBM 70 mengurang 34.29 mata pada 13,819.18, indeks FBMT 100 menyusut 21.18 mata pada 11,044.93, indeks FBM Emas menguncup 23.26 mata pada 11,364.06 dan indeks FBM Emas Shariah mengurang 33.04 mata pada 11,910.31 sementara FBM ACE meningkat 0.80 mata pada 5,619.62.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan kehilangan 0.30 mata pada 205.14 manakala indeks Perladangan memotong 19.79 mata pada 7,933.19 sementara indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 1.96 mata pada 16,780.55.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat