Cardano & Dubai Bekerjasama Untuk Banteras Jenayah!

476

“Wow bukan biasa-biasa, adakah harga ADA berpotensi bullish disebabkan perkara ini?”

Demi memerangi jenayah di Timur Tengah, Cardano Foundation memeterai perjanjian bersama Polis Dubai bagi menyediakan keselamatan kepada penglibatan penyiasatan jenayah Emiriah Arab Bersatu (UAE) melalui penyelesaian blockchain.

Pada Sidang Kemuncak Polis Sedunia diadakan di Dubai baru-baru ini, polis membentangkan projek perintis berasaskan Cardano bersama keupayaan pengurusan data di mana data sensitif daripada penyiasatan jenayah boleh dikongsi secara selamat dengan pihak berkuasa seperti Interpol.

Disebabkan langkah bagi mencapai keadilan mampu terkesan sekiranya data yang dijana diganggu, di sinilah Cardano Foundation termasuk startup mereka akan menyokong kelemahan dihadapinya.

Berdasarkan keupayaan blockchain diketahui, Cardano bantu mengamankan data supaya ia tidak diganggu sementara Cardano Foundation menolong peserta yang berkongsi data untuk menjejak butiran tanpa menyebabkan perubahan dalam integriti data.

Sungguhpun penerimaan tokenization dalam dunia kripto makin berkembang, Cardano sedang meneroka kes penggunaan berbeza susulan Cardano Foundation sepanjang tahun lalu buat langkah strategik untuk kekalkan kekuatan ekosistemnya dengan menyokong beberapa projek inovatif.

Dengan persaingan sengit dalam ekosistem Web2, Cardano sedang memperdalam pembangunan Protokol Midnight inovasi terbaharunya dan alat penskalaan lain seperti Hydra Head sementara pengasasnya Charles Hoskinson ingin bekerjasama dengan industri yang lebih luas.

Setakat penulisan ini, harga ADA diasaskan oleh Cardano yang memuncak hampir $0.89 pada 4 March 2024 telah menyusut semula 3.44% pada paras $0.71 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $25 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat