Carta GBP/USD Berkecamuk Sebab Kata-Kata Powell!

185

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD dilihat memaparkan corak pergerakan yang bercampur selepas reaksi terhadap ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell berkenaan petunjuk dasar monetari bank pusat.

US dolar melemah sebentar di sesi New York sebelum kembali papar pengukuhan semula menuju ke penghujung sesi.

Ini telah memberi kesan pergerakan tak menentu pada carta GBP/USD dan membuatkan pelabur lebih berwaspada menantikan isyarat arah harga yang lebih jelas selepas ini.

Jika diperhatikan harga pada mulanya telah bergerak susut melepasi paras sokongan 1.20000 dan mencecah sekitar 1.19600.

Namun lonjakan berlaku di sesi New York hingga mencatatkan kenaikan 130 pips hampir menyentuh paras 1.21000.

Kemudian harga kembali membuat penurunan semula ke paras 1.2000 dan sedikit melantun sebelum pergerakan harga perlahan menutup dagangan sesi tersebut.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Rabu), harga mendatar di sekitar 1.20500 sementara pelabur kekal berhati-hati dengan risiko yang semakin meningkat.

Sekiranya harga menjunam lebih rendah di bawah zon 1.2000, penurunan bakal dilanjutkan untuk catatkan paras terendah terbaru 5 minggu.

Beberapa paras tumpuan seperti 1.19400 dan juga 1.18800 antara yang dilihat akan menjadi sasaran bakal diuji oleh harga pada penurunan yang diteruskan.

Namun jika harga berjaya melonjak seterusnya melepasi rintangan pada 1.21000, isyarat permulaan trend bullish semula akan mendorong harga menuju ke zon 1.22000.

Harga boleh meneruskan kenaikan lebih tinggi sekiranya US dolar jelas didagangkan lemah semula dengan sasaran harga untuk mencapai 1.23000 dan 1.24000 seperti minggu sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat